Wednesday, 22 February 2017

E-FOLIO





DUA 2012

SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK

SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI.


NAMA PENSYARAH

PUAN CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM

AHLI KUMPULAN

1. CHE BADRUL AMIN BIN CHE MANAN (02DTM16F1018)
2. MUHAMMAD RIDZUAN BIN MOHD ROSDI (02DTM16F1121)
3. NURAIN FARISHA FATIHAH BINTI ROSLI (02DTM16F1065)
4. NOOR AZLINA BINTI MOHD HAIDZIR (02DTM16F1080)
5. NOR NAJIHAH BINTI MOHAMED SAFIEE (02DTM16F1104)
6. NUR FARZANA BINTI MOH AINI (02DTM16F1026)





ISI KANDUNGAN
  • PENDAHULUAN
  • ISI 
        SAINS DAN TEKNOLOGI TERHADAP MANUSIA
        MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH 3
        1.     DEFINISI KHALIFAH
        2.     MAKSUD KHALIFAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH.
        3.     CIRI CIRI SEORANG KHALIFAH.
        4.     TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH
        5.   PERANAN KHALIFAH

  • KESIMPULAN 
  • RUJUKAN 





SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI.
  
PENDAHULUAN   

                                                                   
Ilmu merupakan hak dan milik Allah S.W.T. yang dikurniakan kepada manusia supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Ilmu ini dapat membawa manusia untuk mengenali Khaliqnya. Kewajipan dan tanggungjawab keagamaan yang akan dipersoalkan penunaiannya di Akhirat kelak. Sains dan ilmu pengetahuan hendaklah digunakan dalam jalan yang membawa kepada manfaat dan tidak disalahgunakan ke arah yang mengakibatkan musibat serta digunakan dengan faedahnya untuk mendatangkan maslahat dan tidak diselewengkan kegunaannya ke jalan yang menyebabkan mudarat.

Sains dan teknologi adalah berbeza. Dari segi takrif, sains berasal daripada perkataan Inggeris science dan perkataan Inggeris pula daripada Latin scientia yang bermaksud ilmu dalam bahasa Melayu. Takrif sains ialah ‘Suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan penyataan yang terbukti atau melalui fakta-fakta yang ditinjau serta dicerapi dan disusun secara sistematik, dan dikumpul dalam bentuk hukum-hukum umum’. Maka sains dapat dirumuskan sebagai  satu proses untuk mencari dan menemui suatu kebenaran melalui pengetahuan, memahami tabii untuk menerangkan Hukum Alam, Hukum Sains bagi menerangkan undang-undang tabii . Takrif teknologi pula ialah teknologi berasal daripada perkataan Tekne yang bermakna kemahiran atau kraf , kemahiran bermaksud pengetahuan, kebolehan, dan pencapaian sementara kraf  bererti kekuatan, atau tenaga, sama dengan keupayaan untuk merancang atau membentuk. Kraf  juga bermakna kemahiran manusia yang diperoleh melalui pengetahuan.



ISI     


MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH.

Surat Al Baqarah : 30 Ertinya: 

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”. (QS Al Baqarah : 30)

Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah S.W.T bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah S.W.T adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah S.W.T sendiri di dalam al-Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah S.W.T. Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau konsep tauhid. Salah satu dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah S.W.T yang sebenarnya ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi.

Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah S.W.T dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah S.W.T dalam 4 ciri tersebut :
  • Akidah
  • Akhlak
  • Ibadah
  • Syariat




DEFINISI KHALIFAH.

Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat berikut: 

'Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa Ia akan memberikan khalifah (menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka' (QS 24:55)

Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan bukannya kata kedaulatan atau yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah milik Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu, sesiapa pun yang memegang kekuasaan dan menggunakan kekuasaan itu sesuai dengan norma-norma dan hukum-hukum Tuhan maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah.




MAKSUD KHALIFAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH.

MAKSUD KHALIFAH DARI SEGI BAHASA.

Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya termasuklah:
  • Menggantikan orang yang tiada.
  • Menggantikan orang yang telah mati.
  • Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
  • Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.


MAKSUD KHALIFAH DARI SEGI ISTILAH

Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.





CIRI-CIRI SEORANG KHALIFAH.

1)   BERILMU

Kemantapan seseorang dalam agama ini bergantung di atas kekuatan mental dan kemantapan ilmu serta kesempurnaan budi pekerti. Orang yang berilmu mampu menguruskan kehidupan dengan teratur serta membawa kebaikan dalam setiap keputusan.

2)   MORAL YANG TINGGI SEPERTI AMANAH, PRIHATIN & LAIN-LAIN

Seseorang pemimpin yang beramanah merupakan pemimpin yang berjaya memberi contoh teladan yang baik dan mampu menghadapi segala ancaman dan godaan.

3)   MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG BAIK

Di antara cirri-ciri kepimpinan adalah sikap mesra dan mengeratkan hubungan khususnya dalam menyelesaikan masalah.

4)   KOMITMEN TERHADAP TUGAS

Bertanggungjawab terhadap tugas seperti menepati masa, kecekapan melaksanakan kerja dan berkualiti.

5)   IKUTAN TERBAIK

Seseorang pemimpim perlu menjadi contoh (role model) kepada pemimpinannya bukan sekadar mempunyai kedudukan atau jawatan tetapi berkesan membimbing melalui tingkah-laku dan penampilan diri.





TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH.

Manusia di beri banyak kelebihan oleh Allah S.W.T jika di bandingkan secara umumnya dengan makhluk yang lain seperti alam benda, tumbuhan, haiwan, jin dan para malaikat.

Antara kelebihan yang di beri Allah S.W.T ialah :
  1. Keseimbangan kejadian manusia
  2. Anugerah akal fikiran
  3. Memiliki ilmu pengetahuan



1)   KESEIMBANGAN KEJADIAN MANUSIA

  • Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu, manusia telah diberikan oleh Allah S.W.T dengan berbagai-bagai kelebihan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah.



2)   ANUGERAH AKAL FIKIRAN

  • Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan mengorak langkah kemajuan hidup yang lebih selesa dan bertambah maju. Cara hidup, pemakanan, tempat tinggal, suasana masyarakat dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia sentiasa berubah tidak seperti Allah S.W.T yang lain.



3)   MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN  

  • Dengan kejadian dan kelebihan diri yang dianugerahkan Allah S.W.T serta sumber yang dikawalnya, manusia sepatutnya menangani pelbagai perkara dan menggunakan kaedah berdasarkan ilmu.
  • Ilmu yang dituntut bukanlah semata-mata merupakan ‘maklumat’ dan ‘kefahaman’ berkaitan sesuatu perkara, malah ianya hendaklah diguna pakai untuk mencerminkan kewajaran manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap dunia dan Allah S.W.T yang menciptakannya.
  • Panduan akal dan wahyu merupakan proses penting menjamin keaslian dan benarnya ilmu yang dimiliki.




PERANAN KHALIFAH

PERANAN KHALIFAH KEPADA ALLAH S.W.T
  • Menjadi hamba Allah S.W.T  yang mengenali Allah sebagai tuhan yang esa dan tunduk patuh serta beribadat kepadaNya.

·      
       Mengamalkan konsep amal ma’ruf dan nahi mungkar.
  • Tugas ini sangat penting untuk dilaksanakan bagi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan  masyarakat dan negara.



PERANAN KHALIFAH SESAMA MANUSIA
  • Tanggungjawab terhadap diri
  • Tanggungjawab terhadap keluarga
  • Tanggungjawab anak kepada ibu bapa
  • Tanggungjawab terhadap masyarakat
  • Tanggugjawab terhadap alam
  • Tanggungjawab terhadap negara

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI
  • Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas.
  • Setiap amanah daripada sekecil-kecil hingga yang sebesar-besar, akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
  • Bapa yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua dalam sesebuah keluarga. Tanggungjawab utama sebagai seorang bapa ialah :

Ø  Memberi bimbingan agama kepada anak-anak dan isteri
Ø  Menyediakan keperluan rohani dan jasmani.
Ø  Memberi galakkan dan dorongan untuk kejayaan anak-anak
Ø  Mengajar dan menunjukkan akhlak yang baik dengan anak-anak dan isteri.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
  • Setiap anak mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ibu bapa mereka.
  • Antara cara berbakti kepada ibu bapa ketika hayat mereka :

Ø  Mentaati mereka selama mana ia tidak bertentangan dengan perintah Allah.
Ø  Berkorban harta dengan mereka.
Ø  Bersikap lemah lembut dengan mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT
  • Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa wujudnya anggota masyarakat yang lain.
  •  Antara tanggungjawab masyarakat ialah :

Ø  Tolong-menolong
Ø  Kasih-mengasihi
Ø  Cinta-mencintai
Ø  Hormat-menghormati


TANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM
  • Memelihara dan mengendalikan dengan baik.
  • Tanggungjawab terhadap tumbuhan ialah tidak menebangnya dengan sesuka hati dan                 menjatumbuhan dengan baik.
  • Melaksanakan hubunganNya dengan binatang.
  • Manusia dilarang dari membunuh dan menyeksa haiwan sesuka hati.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA
  • Sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggotanya mempertahankan negara dari segala ancaman sama ada dari musuh-musuh luar.





                                  KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah manusia haruslah bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan manusia banyak kelebihan yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Seorang khalifah itu juga harus sedar bahawa dia telah memikul tanggungjawab yang besar di sisi Allah SWT. Oleh sebab itu mereka perlu menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta meninggalkan apa yang dilarangNya.

Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri dan membuat hubungan baik dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap adil dalam segala hal. Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap penyelewengan atau kejahatan yang berlaku dan dia seharusnya melakukan apa yang patut, iaitu yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah perlulah mempunyai sifat-sifat yang di pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya.





RUJUKAN


No comments:

Post a Comment